Wednesday, 22 October 2014

Majlis Konvokesyen Pertama CETA


Tanggal 22 haribulan Oktober 2014 merupakan hari yang amat bersejarah buat Cahaya Educational & Training Academy (CETA) kerana mereka telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen yang pertama sejak penubuhannya pada tahun 2011. Dengan penuh bangganya, CETA merupakan sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Bumiputera!


Para graduan bergambar bersama YB Datu Haji Len Talif Salleh

Seramai 98 pelajar telah menerima sijil kemahiran mereka dalam kursus yang berikut:
  1. Technical Drafting
  2. Pipefitting
  3. Scaffolding
Para graduan CETA mempunyai kemahiran yang mencapai piawaian industri agar mereka mudah untuk memasuki pasaran. Disebabkan betapa pentingnya mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional, adalah wajar untuk institusi-institusi seperti CETA untuk melahirkan para graduan yang menepati piawaian industri agar mampu untuk memacu pertumbuhan negara ke arah yang lebih maju. Dalam masa 6 tahun lagi, Malaysia akan menjelang tahun 2020 iaitu suatu lonjakan paradigma yang amat penting untuk negara kita kerana Dr. Mahathir telah menetapkan Wawasan 2020. Untuk Sarawak pula, kita disasarkan untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi setaraf dengan negeri-negeri seperti Selangor menjelang tahun 2030. 

Seperti yang diucapkan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, dengan nada gurauan, beliau berkata, sekiranya tidak berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang akademik, boleh ceburi dalam bidang kemahiran. Sambung beliau, gaji seorang pekerja jurusan teknikal boleh mencapai RM 80,000 dengan syarat mempunyai pengalaman 10 tahun. Namun, ini semua memerlukan usaha yang jitu bagi mencapai yang tinggi.


Para pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri bermain gamelan sempena Majlis Konvokesyen

Majlis Konvokesyen tersebut diakhiri dengan sesi penggambaran buat para graduan yang sungguh teruja setelah tamat pengajian mereka. Sekalung sijil merupakan hadiah yang amat bermakna buat mereka untuk meneruskan perjuangan mereka dalam menempuhi alam pekerjaan yang serba mencabar kini. Semoga CETA terus menyediakan pendidikan yang berkualiti dan Majlis Konvokesyen yang lebih meriah pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment